Latest News

4 luckiest student sent over USA for 6 months. Pan Wai Ling, Manider Kaur, Rodderick and Dhaval Doshi.

Kem Motivasi dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

Kem Motivasi dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Terengganu sekali lagi menjemput Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk memberi galakkan dan motivasi kepada pelajar-pelajar Pekak sekolah itu di Kem Motivasi dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Kem kali ini diadakan di Angullia Resort Hall, Marang selama 3 hari dari 1 hingga 3hb Mac 2010. Seramai 37 pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan telah menyertai kem tersebut.

MFD telah menghantar 5 orang Pekak dan 2 jurubahasa isyarat untuk menjadi fasilitator kem tersebut iaitu Cik Nur Zahirah Md. Noor, Cik Noor Arishawani Noor Adzmy, Cik Affifah Abdul Rais, En. Farhan Kamarzaman dan En. Benny Liew Tim Choy. Jurubahasa Isyarat pula ialah Cik Darmah Abdullah dan En. Khalid Abdul Walid.

En. Farhan dan En. Benny pernah dipilih untuk menyertai Program YES (Youth Exchange and Study) di bawah tajaan kerajaan Amerika Syarikat dan dikendalikan oleh Antarabudaya Malaysia (AFS Malaysia).

Kem Motivasi dipenuhi dengan aktiviti dan ceramah untuk membuka minda para pelajar Pekak untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran mereka.

Majlis penutupan kem telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta Jabatan Pelajaran Terengganu, Tuan Haji Ngah Bin Bidin


 

Hear about his/her Story!

Afifi Ishak
Ayu
Mastura
Mutharasapan
Chai Wei Xiong
Kan Wai Kit
Shannen Lim
Iffah Ishak
Farhan Kamarzaman
Benny Liew
Pooi Yen
Afiqah Russli
Amiratuz Zaharaa
Dinesh Danny
Ernest Tan
Beh Hui Yun
Yemiko Lim
Pan Wai Ling
Manider Kaur
Dhaval Doshi
Rodderick