Latest News

4 luckiest student sent over USA for 6 months. Pan Wai Ling, Manider Kaur, Rodderick and Dhaval Doshi.

Download

Download the Application form now!
[ Download ]

AFS Deaf Student 2011

Empat Pelajar diplilih Menyertai Program YES (Youth Exchange and Study) 2011

Seramai empat orang pelajar Pekak iaitu Maninder Kaur Gill A/P Harcharan Singh, Dhaval Doshi A/L Surendra, Roderick Kelvi Gondiron, dan Pan Wai Ling telah dipilih mengikuti program YES (Youth Exchange and Study) dibawah tajaan U.S Department of State. Mereka adalah antara pelajar-pelajar Pekak yang dipilih oleh Antarabudaya Malaysia (AFS Malaysia) untuk mengikuti program tersebut yang akan membawa mereka ke Amerika Syarikat dalam program pertukaran pelajar selama enam bulan dari bulan Januari hingga bukan Julai 2011. Mereka dipilih setelah sesi temuduga yang diadakan pada 7 dan 8hb Ogos 2010 lalu bertempat di Quality Hotel, Shah Alam. Sesi temuduga pelajar-pelajar Pekak diadakan dengan kerjasama AFS Malaysia dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Mereka akan ditempatkan bersama keluarga-keluarga angkat masing-masing selama mereka di Amerika Syarikat dan akan menghadiri sekolah-sekolah yang telah dipilih. Sebelum berlepas ke Amerika Syarikat pada 11hb Januari, terlebih dahulu mereka mengikuti AFS ASL Camp yang diadakan di MFD dari 5 hingga 7hb Januari 2011. Dua orang bekas pelajar program YES iaitu Dinesh Danny A/L Sivan dan Liew Tim Choy menjadi fasilitator. Kem ini bertujuan membuka mata mereka kepada budaya dan penggunaan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) yang berguna apabila mereka berada di Amerika Syarikat kelak.

Source by : www.mfd.org.my


Student with Disabilities Succeeding in International Exchange

One Solid Sojourn

 

Hear about his/her Story!

Afifi Ishak
Ayu
Mastura
Mutharasapan
Chai Wei Xiong
Kan Wai Kit
Shannen Lim
Iffah Ishak
Farhan Kamarzaman
Benny Liew
Pooi Yen
Afiqah Russli
Amiratuz Zaharaa
Dinesh Danny
Ernest Tan
Beh Hui Yun
Yemiko Lim
Pan Wai Ling
Manider Kaur
Dhaval Doshi
Rodderick